Saturday 19 April 2008

kunjungan itu...

Cinta tidak lagi berputik tetapi semakin berbunga. Harumannya menusuk ke jiwa. Memenuhi segenap ruangan dada. Kemanisan madunya terasa. Nikmat.

Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…” - al-Hujurat : 10 –

Indahnya persaudaraan berteraskan aqidah. Tidak ada yang mampu menghalangnya. Walaupun tidak pernah bersua, namun rindu tetap sarat di jiwa. Rindu itulah yang membawaku ke sana.

Mukhayyam Irbid(Irbid Refugee Camp), hari ini nama itu telah terpahat di jiwa. Menyelami dunia yang berbeza di sana. Penuh penderitaan tetapi tetap dihiasi ketenangan. Walau kezaliman mengubah keadaan, namun di hati tetap terselit kesyukuran.

Hari ini juga rinduku terubat. Bertemu dengan mereka yang tercinta. Setelah sekian lama hati ini menderita, merindui mereka. Adikku, hari ini dapat kutatap wajah bersihmu. Ibuku, hari ini aku mengerti penderitaanmu. Ayah, aku kagum denganmu. Hatiku terubat.

adik-adikku...

Menyusuri lorong-lorong kem pelarian Palestin ditemani debu tengah hari, mengajar aku erti kesyukuran. Di sana kutemui Irbid yang lain. Berbeza dari Irbid yang aku kenal selama ini. Kehidupan, suasana dan juga wajah manusia. Mereka dihimpit kesusahan, namun wajah memancarkan sinar ketabahan. Tenang jiwa menatap wajah mereka.

si kecil itu..

Pasar

Di situ terdapat sebuah pasar. Khas untuk penduduknya. Tetapi pasarnya berbeza. Tak seperti pasar-pasar yang biasa aku kunjungi. Jenis barangan yang sama tetapi tak serupa. Di pasar biasanya dijual kentang. Di situ juga dijual kentang(kalau layak dipanggil kentang).Tetapi kentang yang orang-orang seperti kita buang. Mereka pungut. Itulah juadah penerus kehidupan. Di pasar itu juga, aku temui tomato lembik dan epal lebam. Masih diniagakan…

kentangkah ini??

epal lebam

Lelaki itu..

Berusia 62 tahun. Dihalau dari rumah sendiri ketika berusia 2 tahun. 1948, tahun bermulanya penderitaan. Semangat untuk kembali tetap tersemat teguh di dalam jiwa. Apabila ditanya kepadanya, “Bilakah bumi Palestin akan kembali ke pangkuan ummat Islam?”. Jawabnya, “Apabila ummat Islam kembali ke pangkuan Islam. Apabila masjid-masjid di waktu Subuh dipenuhi oleh jemaah Jumaat. Maka ketika itu, kita akan kembali ke bumi Palestin tercinta.”

Masjid Mukhayyam Irbid

Azan Asar berkumandang membelah langit kem pelarian itu. Jiwa-jiwa yang merasai panggilannya terus sahaja menyahutnya. Tidak ketinggalan anak-anak kecil yang bersih hatinya. Hasil didikan ibu dan bapa. Aku yang berada di dalam masjid ketika merasai suatu kelainan. Suasana yang jarang dilihat sebelum ini. Di sini aku temuinya. Budak-budak menunaikan solat sunat bersama. Ada juga yang sedang khusyuk mengalunkan ayat-ayat Allah swt, tanpa menghiraukan manusia lain di sekelilingnya. Indahnya suasana itu…

anak sapa la nie?

khusyuk

hasil didikan ibu bapa

Alhamdulillah, inilah antara nikmat yang dikurniakan Allah untukku pada hari ini. Merasai kemanisan Ukhuwwah Islamiah...

teman perjalanan, thanks...

7 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah sebab awak berpeluang ke sana dan melihat sendiri nasib2 mereka disana..dan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita2 mereka..semoga Allah memandang kunjungan awak itu dengan pandangan rahmat..teruskan..semoga diberi hidayah kepada kita semua untuk terus mengambil berat akan saudara seakidah kita..mabruk..

Anonymous said...

From BroHamzah JR
Alhamdulillah, ana suka catatan anta dan pengalaman yang amat berharga.Kongsikan lagi dengan kami di sini ya akhi..

brotherhood_sbr said...

to anonymous

segala puji hanya bagi Allah..
doakan saya terus ikhlas & istiqamah..
sesungguhnya hati itu sangat mudah berubah..

brotherhood_sbr said...

to BroHamzah JR

Alhamdulillah..
ana bersyukur kpd Allah swt di atas segala nikmatnya..
doakan supaya Allah terus memberi kekuatan kepada ana..

Anonymous said...

-Salam3aliek..
ya,sy sgt stuju..mereka hidup dlm kesusahan,nmun mereka gembira krn adanya rs syukur..dan rs "kami akn kembali ke sn.."

teringat saya persoalan yg dilontrkn pd Dr.Zainur Rashid thun leps.'Mengapa x shj kita ambil knk2 plstin ke M'sia,sbg anak angkat?'

-'kerana kita x inginkn semgt mreka luntur,smgt menegakkan islam hncur dgn dunia..'

Sesugguhnya kehidpn merka lebih berhrga krn mereka tlh menemui erti hidup yg sbnr..
hidup utk islam..
dan sukarnya mujahadah itu tnpa mengenal erti hidup yg sebenar..

thnx 4 sharing..

Anonymous said...

dan
selain Mukhayyam Camp ni,mungkin saudr ade th lg mn2 kem2 palestin lain di Jordn..?

-putih

brotherhood_sbr said...

hmm.. sbnrnya mmg ada byk lg mukhayyam kat bumi Jordan nie.. hajat kalau boleh nak g semua..

http://www.un.org/unrwa/refugees/jordan.html

antara mukhayyam yg dkt dgn irbid nie..

mukhayyam syahid azmi(dkt husun).. boleh ambik bas kat mujamma' syeikh khalil..kat bas tu ada tuils mukhayyam syahid azmi

mukhayyam souf(dkt jarash).. ambik bas dari mujamma' amman jadid ke jarash.. sampai kat pekan jarash, ambik pulak bas ke mukhayyam souf.. kat bas tu mmg ada tulis mukhayyam souf

- ukhuwwah itu terasnya akidah -

- kasihilah mrk yg di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh mrk yg di langit..-

p/s : dah g nanti, boleh la share pengalaman dgn ana..