Saturday 19 April 2008

kunjungan itu...

Cinta tidak lagi berputik tetapi semakin berbunga. Harumannya menusuk ke jiwa. Memenuhi segenap ruangan dada. Kemanisan madunya terasa. Nikmat.

Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…” - al-Hujurat : 10 –

Indahnya persaudaraan berteraskan aqidah. Tidak ada yang mampu menghalangnya. Walaupun tidak pernah bersua, namun rindu tetap sarat di jiwa. Rindu itulah yang membawaku ke sana.

Mukhayyam Irbid(Irbid Refugee Camp), hari ini nama itu telah terpahat di jiwa. Menyelami dunia yang berbeza di sana. Penuh penderitaan tetapi tetap dihiasi ketenangan. Walau kezaliman mengubah keadaan, namun di hati tetap terselit kesyukuran.

Hari ini juga rinduku terubat. Bertemu dengan mereka yang tercinta. Setelah sekian lama hati ini menderita, merindui mereka. Adikku, hari ini dapat kutatap wajah bersihmu. Ibuku, hari ini aku mengerti penderitaanmu. Ayah, aku kagum denganmu. Hatiku terubat.

adik-adikku...

Menyusuri lorong-lorong kem pelarian Palestin ditemani debu tengah hari, mengajar aku erti kesyukuran. Di sana kutemui Irbid yang lain. Berbeza dari Irbid yang aku kenal selama ini. Kehidupan, suasana dan juga wajah manusia. Mereka dihimpit kesusahan, namun wajah memancarkan sinar ketabahan. Tenang jiwa menatap wajah mereka.

si kecil itu..

Pasar

Di situ terdapat sebuah pasar. Khas untuk penduduknya. Tetapi pasarnya berbeza. Tak seperti pasar-pasar yang biasa aku kunjungi. Jenis barangan yang sama tetapi tak serupa. Di pasar biasanya dijual kentang. Di situ juga dijual kentang(kalau layak dipanggil kentang).Tetapi kentang yang orang-orang seperti kita buang. Mereka pungut. Itulah juadah penerus kehidupan. Di pasar itu juga, aku temui tomato lembik dan epal lebam. Masih diniagakan…

kentangkah ini??

epal lebam

Lelaki itu..

Berusia 62 tahun. Dihalau dari rumah sendiri ketika berusia 2 tahun. 1948, tahun bermulanya penderitaan. Semangat untuk kembali tetap tersemat teguh di dalam jiwa. Apabila ditanya kepadanya, “Bilakah bumi Palestin akan kembali ke pangkuan ummat Islam?”. Jawabnya, “Apabila ummat Islam kembali ke pangkuan Islam. Apabila masjid-masjid di waktu Subuh dipenuhi oleh jemaah Jumaat. Maka ketika itu, kita akan kembali ke bumi Palestin tercinta.”

Masjid Mukhayyam Irbid

Azan Asar berkumandang membelah langit kem pelarian itu. Jiwa-jiwa yang merasai panggilannya terus sahaja menyahutnya. Tidak ketinggalan anak-anak kecil yang bersih hatinya. Hasil didikan ibu dan bapa. Aku yang berada di dalam masjid ketika merasai suatu kelainan. Suasana yang jarang dilihat sebelum ini. Di sini aku temuinya. Budak-budak menunaikan solat sunat bersama. Ada juga yang sedang khusyuk mengalunkan ayat-ayat Allah swt, tanpa menghiraukan manusia lain di sekelilingnya. Indahnya suasana itu…

anak sapa la nie?

khusyuk

hasil didikan ibu bapa

Alhamdulillah, inilah antara nikmat yang dikurniakan Allah untukku pada hari ini. Merasai kemanisan Ukhuwwah Islamiah...

teman perjalanan, thanks...

Wednesday 16 April 2008

IGI...

Alhamdulillah...

dengan rahmat dan pertolongan dari Allah swt, akhirnya selesai jugak aku menyiapkan assignment IGI(International Global Issue)...tak lupa juga jazakallah pd shbt2 yg telah membantu..

kelmarin, selesai present..Alhamdulillah sekali lg & huh, lega...

so kat sini aku nak kongsi la hasil assignment tu, semoga sama-sama mendapat manfaat...

-tajuk assignment : the VEIL (Hijab)

click here to download file


and also I found a nice video about Hijab on YouTube (rugi kalau x tgk)