Saturday 29 March 2008

warkah buat hatiku...


Jiwaku sakit, hatiku perit. Maafkan aku wahai hati, aku membuatkan kau menderita. Semuanya salahku. Aku yang bertanggungjawab. Aku yang tidak menyiram kau dengan air kehidupan. Aku yang memadamkan cahayamu yang bersinar selama ini..cahaya keimanan..aku yang memadamkannnya. Aku yang membuatkan kau kaku. Kau aku rantai dengan cinta dunia. Cinta yang aku sendiri tidak tahu tapaknya apa. Yang pasti bukan kerana-Nya. Kerana itulah kau menderita...maafkan aku hati..


Aku terkejar-kejar cinta hina itu. Kehulu-kehilir aku menurutinya. Segalanya aku ketepikan. Solat, Quran, Qiam, Zikir...segalanya aku cuaikan. Juga dirimu,
hatiku. Aku abaikan kau hati. Semuanya gara-gara cinta hina itu...maafkan aku hati..


Hari terus berlalu. Kau terus aku abaikan. Kau meraung minta disuburkan. Ku pekakkan telingaku. Cinta hina terus ku kejar. Seterusnya, keikhlasan pula menjadi mangsa. Ku gadaikan ia demi cinta itu. Aku pisahkan keikhlasan darimu
hati, sedang kau sedang menikmati saat-saat bahagia bersamanya. Kejamnya aku!!! maafkan aku hati..


Kini..aku sedar
hati. Apa yang aku kejar itu hanya sia-sia. Semakin ku kejar, semakin jauh ia lari. Kerana ia tidak sesuai denganmu. Terlalu hina cinta itu untuk aku hadiahkan padamu. Kerana kau terlalu suci hati. Kau pun tak mahu cinta hina itu kan? Cahaya dulu lagi baik kan?? Sekarang baru aku merasai penderitaanmu. Kau menderita tanpa cinta-Nya, kau menderita tanpa cahaya iman-Nya, juga tanpa keikhlasan yang selalu menemanimu...


Aku faham penderitaanmu, kerana pada hakikatnya aku juga menderita apabila kau menderita..kerana kau adalah aku, dan aku adalah dirimu..cuma terpisah sementara kerana cinta dunia...


Maafkan aku wahai
hatiku...