Sunday 14 October 2007

...الصلاة


Firman Allah s.w.t :


4. maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
( Al-Maun : 4-5 )

Cuba renungkan ayat di atas. Sedar tak sedar kita sebenarnya telah dicop oleh Allah s.w.t sebagai orang-orang yang celaka. Berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk mengerjakan solat lima waktu. “ Allahu Akbar Allahu Akbar……”. “Alamak dah azan dah ke? Malasnya nak pergi solat. Dahlah jauh masjid tu. Tak pe waktu masih panjang..”. Macam biasa dengar je ayat nie. Inilah antara bisikan hati kita apabila mendengar azan. So macam mana? Celaka tak celaka diri kita ni. Ingat celaka ni bukan sebarang celaka, ini celaka Allah yang bagi. Kalau Allah dah kata celaka maka…..

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud :

142. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
( An-Nisa’ : 142 )

Nah lihat pulak ayat di atas, dapat cop munafik pulak kita ni. Daripada Allah jugak pulak tu. Macam mana ni Allah dah bagi kita macam –macam gelaran. ‘SI CELAKA YANG MUNAFIK’. Boleh tahan jugak gelaran kita. Memang cukup untuk melayakkan kita mendapat ‘ANUGERAH API NERAKA’ daripada Allah s.w.t. So macam mana dah seram ke belum. Kalau belum seram tu memang ada harapan nak dapat ‘FIRST CLASS HONOUR’ dalam anugerah di atas.

Nanti! Belum habis lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w pula.

“ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan
solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama
manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat
kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mahu ikut solat berjamaah, dan aku
bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

Hah dah la kena cop dengan Allah s.w.t tadi, sekarang ni kena laknat dengan Rasulullah pulak. Sampai nak bakar rumah Rasulullah laknat kita. Bertambah lagi la gelaran kita.
‘SI CELAKA YANG MUNAFIK LAGI DILAKNAT’. Malang betul nasib kita ni. Kita kata kita cinta pada Allah dan Rasul, tapi Allah dengan Rasul pulak yang laknat kita. Sebagai seorang yang waras cuba kita fikir, patut tak kita kena laknat? Siapa yang tak nak laknat orang yang berkelakuan macam kita ni. Dah diberi nikmat macam-macam tapi baru suruh pergi solat berjamaah dah tak nak buat. Tu belum suruh pergi perang dengan orang kafir lagi. Pejuang Islam konon.

Tapi tak pa, jangan risau. Semua gelaran di atas tadi bukanlah suatu yang muktamad. Selagi nyawa dikandung badan kita masih mampu untuk mengubahnya. Apa yang perlu kita buat ialah BERUBAH. Berubah daripada tak jaga solat jamaah kepada jaga solat jamaah. InsyaAllah, Allah akan merahmati kita. Allah tak zalim. Siapa buat baik, dia dapat baik. Siapa buat tak baik, dia dapat tak baik.Amacam adil tak? Tu la Allah s.w.t, Dia Maha Adil. So apa tunggu lagi bertindaklah sekarang. Pilihan ditangan kita. Tapi ingat kita tak ada banyak masa. Bila-bila masa je kita boleh pergi meninggalkan alam dunia yang sementara ni. Kalau kita tak cepat habis la kita………

p/s : sorry la bahasa kat atas tadi tu kasar sikit, tapi InsyaAllah moga-moga ia dapat menyedarkan kita…

-pernah diterbitkan dalam WASILAH TARBIYYAH waktu kat DQ dulu

3 comments:

Nur Muhammad Muhsin said...
This comment has been removed by the author.
Nur Muhammad Muhsin said...

Ya... Jazakallah... diri ini sedikit-sebanyak telah pasti akan kelemahan diri... terima kasih Abg ikhwan kerna menulisnya semula dgn izin Allah...

Anonymous said...

ikhwan..ptut le mcm pnah bce..huhu..tu le satu2nye bnde yg ak dpt sumbgkan kat DQ dulu..tu pun korg yg wat..huhu > syahmi