
Mengubah suai kata-kata Syeikh Mustafa Mashyur...
[Kita merasa gembira melihat bunga-bunga yang sedang berkembang mekar. Melebarkan kelopaknya lantas menghidangkan haruman semerbak. Menusuk kalbu sang kumbang yang dahulunya tidak menyedari kewujudan bunga. Kumbang-kumbang mula tertarik akan sinar kuntuman bunga. Bunga terus berkembang tidak lagi menoleh ke belakang. Dahulu, bunga-bunga ini hanyalah putik semata. Malu untuk membuka kelopak-kelopaknya. Puas si petani menyiram dan membaja namun putik tetap enggan berkembang. Kerana putik tidak memahami betapa indahnya menjadi bunga. Petani tidak berputus asa. menyiram dan membaja tetap dilaksanakan. Kerana ia satu keperluan. Kini bunga sudah menyedari. Bahawa menjadi bunga lebih manis dari menjadi putik. Bunga punya madu sedangkan putik tidak ada. Bunga juga mengajak putik-putik lain untuk turut berkembang bersamanya. Maka tapak semaian iman mula disinari dengan cahaya bunga-bunga. Si petani menangis gembira...]