Sunday 7 December 2008

Saturday 6 December 2008

"ADHA"

-trailer-




nantikan pementasannya..

Monday 24 November 2008

utk shbtku yg kelelahan..

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang telah dilakukan akan terus kekal..


Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan terus kekal..


-Saidina Ali r.a-

Thursday 20 November 2008

perjuangan menuntut pengorbanan

pengorbanan adalah lumrah perjuangan,

perjuangan akan menuntut macam-macam dari kita,

mula-mula ia akan menuntut masa kita,

wang, tenaga,

dan akhir sekali ia akan menuntut nyawa dari kita..



[Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.]

- at-taubah : 111 -

Tuesday 23 September 2008

lailatul qadr


'tidak seharusnya bagi seorang mukmin mensia-siakan peluang yang dikurniakan Allah kepadanya..'

Thursday 24 July 2008

Duit

2 nilai

Seorang Mukmin yang berpandangan jauh akan melihat duit yang dimilikinya mempunyai 2 nilai. Pertama, nilainya di dunia yakni nilai di mata manusia. Yang kedua ialah nilainya di akhirat kelak iaitu nilainya di sisi Allah swt. Misalnya, sekeping wang kertas berwarna ungu yang tercetak 50 dinar di atasnya pasti mempunyai nilai 50 dinar di mata manusia. Tetapi bagaimana pula nilainya di sisi Allah swt?? Adakah ia bernilai sebuah mahligai di dalam syurga ataupun azab seksa yang menyala-nyala??

Ujian Allah swt

Tahukah anda? Ujian Allah swt tidak hanya datang dalam bentuk kesusahan sahaja. Kadang-kadang, manusia lebih mudah tewas degan ujian kesenangan.


Makin banyak kesenangan yang Allah beri pada kita, makin besarlah ujian Allah pada kita. Mari kita ambil satu analogi : Seorang guru ingin memberikan hadiah kepada 3 orang pelajarnya. Maka dia pun memberikan sebuah buku kepada setiap pelajarnya itu. Pelajar pertama mendapat buku yang besar dan tebal, setebal buku Anatomy Tortora. Pelajar kedua pula menerima buku yang yang lebih tebal, umpama buku Physiology Guyton. Manakala pelajar ketiga hanya mendapat buku yang kecil dan nipis, macam buku Before We Are Born (edisi lama). Maka teramat gembiralah pelajar pertama dan kedua. Mereka merasa seolah-olah mereka lebih disayangi oleh si guru. Setelah itu, si guru pun memberitahu bahawa setiap mereka akan menduduki ujian dan masing-masing akan diuji berdasarkan buku yang diterimanya. Maka terkejut beruklah pelajar pertama dan kedua. Masing-masing berharap alangkah baiknya kalau mereka juga menerima buku seperti pelajar ketiga...

Syurga itu mahal harganya..


Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah dan rasul atas segala-galanya..

Marilah sama-sama kita menghayati kisah seorang sahabat yang mulia, Sa'id bin ‘Amir al-Jumahy. Beliau merupakan Gabenor di Himsh sewaktu pemerintahan Saidina ‘Umar al-Khattab.

Tidak berapa lama setelah Sa‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang ditugaskan oleh Khalifah untuk mengamati perjalanan pemerintahan di Himsh.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan bantuan. Delegasi tersebut mengemukakan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.

Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemui nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa‘id bin ‘Amir yang kalian nyatakan ini?”

“Gabenor kami! “jawab mereka.

“Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya khalifah heran.

“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar.

“Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan wang ini saya kirimkan untuk beliau, untuk meringankan kesulitan-kesulitan rumah tangganya” ucap ‘Umar sedih.

Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa‘id melihat uncang berisi wang dinar itu, uncang itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, “inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampirinya seraya bertanya, “Apa yang terjadi, wahai ‘Sa‘id? Adakah Amirul Mu ‘minin sudah meninggal dunia?”

“Bahkan lebih hebat dari itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentera muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula.

“Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. ‘Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.

‘Dunia telah datang untuk merosak akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,’ jawab Sa’id mantap.

“Bebaskan dirimu dari itu wahai Sa’id! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk suaminya.

“Mahukah engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa‘id.

‘Tentu...;! “jawab isterinya bersemangat.

Maka Sa’id mengambil uncang wang itu, lalu disuruhnya isterinya membahagikannya kepada fakir miskin.

Jadilah hamba yang bersyukur..

Anda hanya ada 2 pilihan : Syukur atau kufur? Tiada pilihan ketiga. Pilihan ditangan anda..

Klunya :


Buktikan kesyukuran anda..

Lupakah kita pada kisah Rasulullah saw yang menunaikan solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki baginda. Apabila ditanya mengapa, baginda menjawab :

"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur??"

Lihatlah bagaimana baginda ingin membuktikan kesyukuran baginda. Solat hingga bengkak kaki. Kita?? Bengkak perut??


Akhir sekali, saya ingin mencadangkan skema jawapan sekiranya anda berhadapan dengan soalan-soalan berikut :

1 – “Nak buat apa dengan duit banyak-banyak nie??”

Skema jawapan : “Nak beli Akhirat..”

2 – “Cuti nie nak pegi mana??”

Skema jawapan : “Nak ke Syurga..”

Sekian... :-)

Tuesday 13 May 2008

khas buat adik-adikku..




Mengubah suai kata-kata Syeikh Mustafa Mashyur...


[Kita merasa gembira melihat bunga-bunga yang sedang berkembang mekar. Melebarkan kelopaknya lantas menghidangkan haruman semerbak. Menusuk kalbu sang kumbang yang dahulunya tidak menyedari kewujudan bunga. Kumbang-kumbang mula tertarik akan sinar kuntuman bunga. Bunga terus berkembang tidak lagi menoleh ke belakang. Dahulu, bunga-bunga ini hanyalah putik semata. Malu untuk membuka kelopak-kelopaknya. Puas si petani menyiram dan membaja namun putik tetap enggan berkembang. Kerana putik tidak memahami betapa indahnya menjadi bunga. Petani tidak berputus asa. menyiram dan membaja tetap dilaksanakan. Kerana ia satu keperluan. Kini bunga sudah menyedari. Bahawa menjadi bunga lebih manis dari menjadi putik. Bunga punya madu sedangkan putik tidak ada. Bunga juga mengajak putik-putik lain untuk turut berkembang bersamanya. Maka tapak semaian iman mula disinari dengan cahaya bunga-bunga. Si petani menangis gembira...]

Saturday 10 May 2008

ummi..


terima kasih ummi...

Friday 9 May 2008

Tjoet Nja’ Dhien



Kisah perjuangan ummat Acheh menetang penjajahan Belanda. Kisah seorang wanita. Kisah keimanan dan juga semangat. Kisah ini kisah perjuangan

Some quotes from the film :


[Yang mengerti erti perjuangan dalam keimanan]

[Aku mahu kau jadi anak yang soleh. Kerana hanya anak yang soleh yang akan melicinkan jalan orang tuanya di akhirat kelak]

[Aku ingin kau jadi WANITA seperti ibumu]

[Kita telah kehilangan apa yang kita punya, tanah kita. Sekarang kita bangun untuk kehilangan nyawa kita]

[Kita hidup sebagai saudara, kita mati sebagai syahid]

[Hanya ada dua pilihan : musuh terkubur ataupun kita yang terkubur]

[Sebagai perempuan Acheh, pantang menitiskan air mata buat orang yang telah syahid di medan perang]

[Mereka punya senjata, kuasa dan wang. Mereka punya segalanya kecuali iman]

[Kita harus pandai berterang-terang dalam gelap dan bergelap-gelap dalam terang]

[Pasukan kafir itu lebih besar jumlahnya. Tapi semangat kita lebih besar!!]

[Kau sudah semakin dewasa. Tanganmu begitu halus, sehalus tanganku semasa gadisku dulu. Tangan inilah yang kan membelai suami dan anak-anakmu agar mereka dapat tertidur nyenyak. Dan tangan ini pula yang akan membangunkan mereka agar mereka dapat melihat dunia esok hari]

["Anakku, rasanya kau sudah pantas untuk mendampingi seorang suami. Atau mungkin aku yang sudah merindukan seorang cucu". - "Ibuku, kau telah mengahwinkan aku dengan perjuangan ini!!"]

[Kalau mereka sudah merampas milik kita semua, ada satu hal yang ingin aku ingatkan pada kalian. Iman perjuangan kita. Pertahankan itu!!]

["Kita sudah semakin parah, sebentar lagi kita akan lumpuh". - "Aku tidak takut itu, asal bukan jiwa kita yang lumpuh. Aku hanya takut pada keraguan hati pahlawan-pahlawan yang ada di sekelilingku"]

[Ingat!! Perang kita kali ini, perang melawan kegoyahan iman..]

Saturday 19 April 2008

kunjungan itu...

Cinta tidak lagi berputik tetapi semakin berbunga. Harumannya menusuk ke jiwa. Memenuhi segenap ruangan dada. Kemanisan madunya terasa. Nikmat.

Firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara…” - al-Hujurat : 10 –

Indahnya persaudaraan berteraskan aqidah. Tidak ada yang mampu menghalangnya. Walaupun tidak pernah bersua, namun rindu tetap sarat di jiwa. Rindu itulah yang membawaku ke sana.

Mukhayyam Irbid(Irbid Refugee Camp), hari ini nama itu telah terpahat di jiwa. Menyelami dunia yang berbeza di sana. Penuh penderitaan tetapi tetap dihiasi ketenangan. Walau kezaliman mengubah keadaan, namun di hati tetap terselit kesyukuran.

Hari ini juga rinduku terubat. Bertemu dengan mereka yang tercinta. Setelah sekian lama hati ini menderita, merindui mereka. Adikku, hari ini dapat kutatap wajah bersihmu. Ibuku, hari ini aku mengerti penderitaanmu. Ayah, aku kagum denganmu. Hatiku terubat.

adik-adikku...

Menyusuri lorong-lorong kem pelarian Palestin ditemani debu tengah hari, mengajar aku erti kesyukuran. Di sana kutemui Irbid yang lain. Berbeza dari Irbid yang aku kenal selama ini. Kehidupan, suasana dan juga wajah manusia. Mereka dihimpit kesusahan, namun wajah memancarkan sinar ketabahan. Tenang jiwa menatap wajah mereka.

si kecil itu..

Pasar

Di situ terdapat sebuah pasar. Khas untuk penduduknya. Tetapi pasarnya berbeza. Tak seperti pasar-pasar yang biasa aku kunjungi. Jenis barangan yang sama tetapi tak serupa. Di pasar biasanya dijual kentang. Di situ juga dijual kentang(kalau layak dipanggil kentang).Tetapi kentang yang orang-orang seperti kita buang. Mereka pungut. Itulah juadah penerus kehidupan. Di pasar itu juga, aku temui tomato lembik dan epal lebam. Masih diniagakan…

kentangkah ini??

epal lebam

Lelaki itu..

Berusia 62 tahun. Dihalau dari rumah sendiri ketika berusia 2 tahun. 1948, tahun bermulanya penderitaan. Semangat untuk kembali tetap tersemat teguh di dalam jiwa. Apabila ditanya kepadanya, “Bilakah bumi Palestin akan kembali ke pangkuan ummat Islam?”. Jawabnya, “Apabila ummat Islam kembali ke pangkuan Islam. Apabila masjid-masjid di waktu Subuh dipenuhi oleh jemaah Jumaat. Maka ketika itu, kita akan kembali ke bumi Palestin tercinta.”

Masjid Mukhayyam Irbid

Azan Asar berkumandang membelah langit kem pelarian itu. Jiwa-jiwa yang merasai panggilannya terus sahaja menyahutnya. Tidak ketinggalan anak-anak kecil yang bersih hatinya. Hasil didikan ibu dan bapa. Aku yang berada di dalam masjid ketika merasai suatu kelainan. Suasana yang jarang dilihat sebelum ini. Di sini aku temuinya. Budak-budak menunaikan solat sunat bersama. Ada juga yang sedang khusyuk mengalunkan ayat-ayat Allah swt, tanpa menghiraukan manusia lain di sekelilingnya. Indahnya suasana itu…

anak sapa la nie?

khusyuk

hasil didikan ibu bapa

Alhamdulillah, inilah antara nikmat yang dikurniakan Allah untukku pada hari ini. Merasai kemanisan Ukhuwwah Islamiah...

teman perjalanan, thanks...

Wednesday 16 April 2008

IGI...

Alhamdulillah...

dengan rahmat dan pertolongan dari Allah swt, akhirnya selesai jugak aku menyiapkan assignment IGI(International Global Issue)...tak lupa juga jazakallah pd shbt2 yg telah membantu..

kelmarin, selesai present..Alhamdulillah sekali lg & huh, lega...

so kat sini aku nak kongsi la hasil assignment tu, semoga sama-sama mendapat manfaat...

-tajuk assignment : the VEIL (Hijab)

click here to download file


and also I found a nice video about Hijab on YouTube (rugi kalau x tgk)


Saturday 29 March 2008

warkah buat hatiku...


Jiwaku sakit, hatiku perit. Maafkan aku wahai hati, aku membuatkan kau menderita. Semuanya salahku. Aku yang bertanggungjawab. Aku yang tidak menyiram kau dengan air kehidupan. Aku yang memadamkan cahayamu yang bersinar selama ini..cahaya keimanan..aku yang memadamkannnya. Aku yang membuatkan kau kaku. Kau aku rantai dengan cinta dunia. Cinta yang aku sendiri tidak tahu tapaknya apa. Yang pasti bukan kerana-Nya. Kerana itulah kau menderita...maafkan aku hati..


Aku terkejar-kejar cinta hina itu. Kehulu-kehilir aku menurutinya. Segalanya aku ketepikan. Solat, Quran, Qiam, Zikir...segalanya aku cuaikan. Juga dirimu,
hatiku. Aku abaikan kau hati. Semuanya gara-gara cinta hina itu...maafkan aku hati..


Hari terus berlalu. Kau terus aku abaikan. Kau meraung minta disuburkan. Ku pekakkan telingaku. Cinta hina terus ku kejar. Seterusnya, keikhlasan pula menjadi mangsa. Ku gadaikan ia demi cinta itu. Aku pisahkan keikhlasan darimu
hati, sedang kau sedang menikmati saat-saat bahagia bersamanya. Kejamnya aku!!! maafkan aku hati..


Kini..aku sedar
hati. Apa yang aku kejar itu hanya sia-sia. Semakin ku kejar, semakin jauh ia lari. Kerana ia tidak sesuai denganmu. Terlalu hina cinta itu untuk aku hadiahkan padamu. Kerana kau terlalu suci hati. Kau pun tak mahu cinta hina itu kan? Cahaya dulu lagi baik kan?? Sekarang baru aku merasai penderitaanmu. Kau menderita tanpa cinta-Nya, kau menderita tanpa cahaya iman-Nya, juga tanpa keikhlasan yang selalu menemanimu...


Aku faham penderitaanmu, kerana pada hakikatnya aku juga menderita apabila kau menderita..kerana kau adalah aku, dan aku adalah dirimu..cuma terpisah sementara kerana cinta dunia...


Maafkan aku wahai
hatiku...


Wednesday 20 February 2008

paling menakutkan!!!!

aku takutkan kehilangan...
anugerah berharga dari ilahi...
aku takut kehilangan hidayah Allah
aku takut kehilangan nikmat iman dan islam
tak dapat ku bayang jika kehilangannya
tiada makna kehidupan tanpanya
ambillah apa yang kau nak dariku..
tapi yang ini jangan sekali...
kini aku mengerti...
jiwa Bilal dan hati Sumaiyah...

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا

Thursday 10 January 2008

Wednesday 9 January 2008

penawar...


Terasa diri ini begitu lemah sekali. Lemah kerana graf iman yang menurun. Seolah-olah badai futur datang melanda. Ah, begitu kuat sekali badai ini. Sukar untukku menentangnya. Ibadah tidak lagi terasa manis bagiku. Solat hanya menjadi permainan fizikal sahaja, tanpa ruh yang selalunya turut serta. Seolah-olah si tidur yang sedang mengigau, berkata-kata tanpa menyedari maksudnya. Tatkala itu, aku bangkit mencari ubatnya. Ubat yang telah berada di depan mata. Cuma tiada kekuatan untuk mendapatkannya. Ia ialah Kalamullah, pengubat segala duka, penawar segala sengsara dan pengingat bagi yang alpa. Lantas kubuka kitab suci itu. Terasa suatu aura yang menenangkan badai yang bergelora. Kalimah-kalimahnya ku alunkan dengan penuh penghayatan. Ruh ketenangan meresap ke jiwa. Bayu keimanan menghembus lembut ke hati dan menjalar ke seluruh tubuh. Kekuatan mula terasa….





kedekut dan pemurah...

kedekut pada diri sendiri

&

pemurah kepada orang lain

MAMPUKAH???