Thursday 29 November 2007

[] HUBUNGAN DENGAN ALLAH []





Kita mengakui Allah swt adalah Tuhan kita. Raja sekalian alam. Yang tiada tandingannya. Dari segi penglihatan kita kata Allah swt Maha Melihat. Sebab apa? Sebab penglihatan Allah tiada tandingannya. Dari segi ilmu, kita kata Allah swt Maha Mengetahui kerana pengetahuan Allah tiada tandingannya. Apa sahaja yang berkaitan dengan Allah swt semuanya yang paling hebat. Hanya yang paling hebat sahaja yang layak bagi Allah swt. Bagaimana pula hubungan yang layak bagi Allah swt. Semestinya hubungan yang tiada tandingannya. Hubungan yang paling hebat,yang paling rapat. Seharusnya hubungan kita dengan Allah swt(HDA) melebihi hubungan kita dengan yang lain. Hubungan yang tiada bandingannya. Bukankah itu yang telah kita akui sebentar tadi? Secara realitinya, adakah ia benar-benar berlaku? Sama-samalah kita muhasabah dri kita…..



.::::::HDA SELALU::::::.

Monday 26 November 2007


Kekuatan seorang da’ie tidak terletak pada petahnya tutur katanya ataupun lancarnya lidahnya, tetapi ianya terletak pada ruh yang keluar bersama perkataannya. Yang datang dari lubuk hatinya yang ikhlas. Semua ini berkait rapat dengan sejauh mana rapatnya hubungannya dengan Tuhannya yang juga merupakan matlamatnya…

Sunday 11 November 2007

النداء




Wahai manusia yang mengaku dirinya beriman…..
Wahai insan yang menggelar dirinya muslim…..
Atas sebab apakah engkau mencuaikan perintah Tuhanmu
Atas sebab apakah engkau melanggar perintah Tuhanmu
Dan atas sebab apakah engkau memungkiri janjimu

Apakah ada sesuatu yang lebih hebat dari Tuhanmu itu
Apakah ada perintah yang lebih utama dari perintah Tuhanmu
Atau Iman tidak lagi terasa manis bagimu
Hidayah tidak lagi menyinar di ufuk hatimu

Wahai hamba Allah yang tidak sedar dirinya hamba…..
Bukankah pada suatu masa dahulu engkau pernah bersaksi…..
Bersaksi bahawa Dia-lah Tuhanmu yang satu….
Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan-Nya…
dan tiada yang setanding dengan-Nya
Lupakah engkau pada persaksian itu

Kemana menghilangnya roh fitrah sucimu itu
Engkau hanya menanamnya di pinggir bibirmu
Menjadi bunga hiasan buat kumbang yang lalu

Ia berakar umbi di hati Bilal !
Kembang dan subur di jiwa Sumaiyah !
Menjadi penguat sukma dan penjana perwira

Wahai jiwa yang bergelar manusia
Manusia yang bersifat sering alpa
Lupa dan leka permainan sentiasa
Kembalilah engkau kepada Tuhanmu yang Esa
Sesungguhnya kebahagian itu ada bersama-Nya………….