Wednesday, 15 July 2009

Ini adalah Kempen



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa solatu 'ala Rasulillah..

Pertama sekali ingin saya tegaskan kepada anda, saya menulis ini bukanlah untuk berkempen supaya anda mengundi saya tetapi apa yang ingin saya kempenkan ialah pandangan dan harapan saya (seperti kempen-kempen ‘Taknak Merokok’, ‘Ikhtilat Sifar’ dan lain-lain). Juga untuk menunaikan tanggungjawab saya agar di akhirat nanti Allah SWT tidak akan persoalkan saya “Wahai Ahmad Ikhwan, kamu telah aku beri peluang menjadi calon Pilhanraya PERMAI 2009, kenapa kamu tidak berbuat apa-apa??”. Dan untuk menggunakan setiap peluang yang Allah berikan kepada saya dengan sebaik-baiknya. Tidak seharusnya bagi seorang mukmin mensia-siakan peluang yang diberikan Allah kepadanya.

Straight to the point. Dalam keghairahan kita berpersatuan/ berorganisasi hari ini, saya melihat ada satu perkara penting yang sering kita abaikan atau terlepas pandang. Perkara yang sepatutnya menjadi fokus dan matlamat utama kita ini ialah keIMANan kepada Allah SWT yang berkait rapat dengan kesudahan kehidupan kita di akhirat kelak. IMAN-AKHIRAT

Di dalam persatuan, kita selalu berfikir bagaimana untuk menganjurkan program-program yang grand dan hebat yang dapat menarik ramai penyertaan ahli. Tetapi kita tidak pernah terfikir bagaimana untuk membawa ahli supaya dekat dengan Allah SWT, bagaimana untuk membawa ahli untuk kembali balik kepada Islam? Senang cerita, bagaimana untuk membawa semua ahli bersama masuk ke syurga Allah..

Saya tidak nafikan bahawa kita punya banyak program-program keagamaan, ceramah-ceramah, liqa’-liqa’ dan lain-lain. Tapi apa yang ingin saya katakan di sini bahawa kita sangat kurang memberikan penekanan kepada aspek keIMANan kepada Allah SWT. Kenapa saya begitu menekankan tentang IMAN? Kerana IMANlah segalanya, IMANlah punca segala kekuatan dan IMANlah penyelesaian bagi segala permasalahan. IMAN punya kuasa luar biasa. Kalau tidak percaya mari kita cuba.

Kita mengakui bahawa Rasulullah SAW adalah pemimpin teragung yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Jadi mari kita lihat apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW selama 13 tahun pertama kepimpinan Baginda. Proses pembangunan IMAN dalam jiwa para sahabat. 13 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Ini membuktikan bahawa Rasulullah SAW sangat menekankan tentang IMAN. Dan Baginda telah membuktikan kejayaan kaedah baginda tersebut. Dua pertiga dunia berada dalam genggaman Islam. Apabila IMAN telah tersemat kukuh dalam jiwa para sahabat, maka 10 tahun seterusnya iaitu fasa penurunan syariat dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sekali lagi ingin saya tegaskan, IMANlah kekuatan kita. Kita tidak akan mampu untuk menerima Islam sebagai cara hidup jika kita tiada IMAN dalam jiwa. Kita tidak akan mampu untuk menerima bahawa solat itu wajib jika kita tiada IMAN dan kita juga tidak akan mampu untuk menerima bahawa ikhtilat yang tidak syara’ itu haram jika kita tiada IMAN.

Soal AKHIRAT. Saya persoalkan kepada anda, berapa lama sangat kita nak hidup di dunia nie?? Kita selalu berfikir untuk menjaga kebajikan ahli di dunia tetapi kita tidak pernah terfikir bagaimana kebajikan ahli kita di akhirat nanti. Sekiranya ada ahli kita yang menghadapi masalah kewangan, maka kita akan lancarkan kutipan derma untuk membantu ahli tersebut. Bagaimana pula jika di akhirat nanti ada di antara ahli kita yang kekurangan amalan untuk melayakkannya masuk ke syurga?? Pernah kita fikirkan??

Akhir sekali, saya menyeru kepada anda semua. Marilah sama-sama kita berfikir kembali mengenai persoalan ini. Marilah kita jadikan persatuan kita ini persatuan yang ada nilainya di sisi Allah SWT. Kita tidak mahu persatuan yang hanya nampak gah di mata manusia tetapi kosong nilainya di sisi Allah SWT. Kepada semua ahli PERMAI, pilihlah pemimpin yang dapat memimpin tangan anda ke syurga. Kepada pimpinan PERMAI yang akan datang, pimpinlah tangan ahli untuk menuju Ilahi..

- saya tidak menyuruh anda meninggalkan dunia & hanya berfikir tentang akhirat. Tetapi kedua-duanya perlu berjalan seiring..

KITA MASUK SYURGA SAMA-SAMA INSYAALLAH..

Tuesday, 10 March 2009

kuasa hati




hati..
apa sahaja dari hati,
pasti akan jatuh ke hati..

Sunday, 7 December 2008

Saturday, 6 December 2008

"ADHA"

-trailer-




nantikan pementasannya..

Monday, 24 November 2008

utk shbtku yg kelelahan..

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang sedangkan kebaikan yang telah dilakukan akan terus kekal..


Sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang sedangkan dosa yang dilakukan terus kekal..


-Saidina Ali r.a-

Thursday, 20 November 2008

perjuangan menuntut pengorbanan

pengorbanan adalah lumrah perjuangan,

perjuangan akan menuntut macam-macam dari kita,

mula-mula ia akan menuntut masa kita,

wang, tenaga,

dan akhir sekali ia akan menuntut nyawa dari kita..



[Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.]

- at-taubah : 111 -

Tuesday, 23 September 2008

lailatul qadr


'tidak seharusnya bagi seorang mukmin mensia-siakan peluang yang dikurniakan Allah kepadanya..'