Thursday 24 July 2008

Duit

2 nilai

Seorang Mukmin yang berpandangan jauh akan melihat duit yang dimilikinya mempunyai 2 nilai. Pertama, nilainya di dunia yakni nilai di mata manusia. Yang kedua ialah nilainya di akhirat kelak iaitu nilainya di sisi Allah swt. Misalnya, sekeping wang kertas berwarna ungu yang tercetak 50 dinar di atasnya pasti mempunyai nilai 50 dinar di mata manusia. Tetapi bagaimana pula nilainya di sisi Allah swt?? Adakah ia bernilai sebuah mahligai di dalam syurga ataupun azab seksa yang menyala-nyala??

Ujian Allah swt

Tahukah anda? Ujian Allah swt tidak hanya datang dalam bentuk kesusahan sahaja. Kadang-kadang, manusia lebih mudah tewas degan ujian kesenangan.


Makin banyak kesenangan yang Allah beri pada kita, makin besarlah ujian Allah pada kita. Mari kita ambil satu analogi : Seorang guru ingin memberikan hadiah kepada 3 orang pelajarnya. Maka dia pun memberikan sebuah buku kepada setiap pelajarnya itu. Pelajar pertama mendapat buku yang besar dan tebal, setebal buku Anatomy Tortora. Pelajar kedua pula menerima buku yang yang lebih tebal, umpama buku Physiology Guyton. Manakala pelajar ketiga hanya mendapat buku yang kecil dan nipis, macam buku Before We Are Born (edisi lama). Maka teramat gembiralah pelajar pertama dan kedua. Mereka merasa seolah-olah mereka lebih disayangi oleh si guru. Setelah itu, si guru pun memberitahu bahawa setiap mereka akan menduduki ujian dan masing-masing akan diuji berdasarkan buku yang diterimanya. Maka terkejut beruklah pelajar pertama dan kedua. Masing-masing berharap alangkah baiknya kalau mereka juga menerima buku seperti pelajar ketiga...

Syurga itu mahal harganya..


Dia telah membeli akhirat dengan dunia, dan mengutamakan keredhaan Allah dan rasul atas segala-galanya..

Marilah sama-sama kita menghayati kisah seorang sahabat yang mulia, Sa'id bin ‘Amir al-Jumahy. Beliau merupakan Gabenor di Himsh sewaktu pemerintahan Saidina ‘Umar al-Khattab.

Tidak berapa lama setelah Sa‘id memerintah di Himsh, sebuah delegasi datang menghadap Khalifah ‘Umar di Madinah. Delegasi itu terdiri dari penduduk Hims yang ditugaskan oleh Khalifah untuk mengamati perjalanan pemerintahan di Himsh.

Dalam pertemuan dengan delegasi tersebut, Khalifah ‘Umar meminta daftar fakir miskin Himsh untuk diberikan bantuan. Delegasi tersebut mengemukakan daftar yang diminta Khalifah. Di dalam daftar tersebut terdapat nama-nama si Fulan, dan nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy.

Ketika Khalifah meneliti daftar tersebut, beliau menemui nama Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahy. Lalu beliau bertanya “Siapa Sa‘id bin ‘Amir yang kalian nyatakan ini?”

“Gabenor kami! “jawab mereka.

“Betulkah Gabenor kalian miskin?” tanya khalifah heran.

“Sungguh, ya Amiral Mu’minin! Demi Allah! Sering kali di rumahnya tidak kelihatan tanda-tanda api menyala (tidak memasak),”jawab mereka meyakinkan.

Mendengar perkataan itu, Khalifah ‘Umar menangis, sehingga air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Kemudian beliau mengambil sebuah uncang berisi wang seribu dinar.

“Kembalilah kalian ke Himsh. Sampaikan salamku kepada Gabenor Sa’id bin ‘Amir. Dan wang ini saya kirimkan untuk beliau, untuk meringankan kesulitan-kesulitan rumah tangganya” ucap ‘Umar sedih.

Setibanya di Himsh, delegasi itu segera menghadap Gabenor Sa’id, menyampaikan salam dan wang kiriman Khalifah untuk beliau. Setelah Gabenor Sa‘id melihat uncang berisi wang dinar itu, uncang itu dijauhkannya dari sisinya seraya berucap, “inna lilahi wa inna ilaihi raji’un. (Kita milik Allah, pasti kembali kepada Allah).”

Mendengar ucapannya itu, seolah-olah suatu mara bahaya sedang menimpanya. Kerana itu isterinya segera menghampirinya seraya bertanya, “Apa yang terjadi, wahai ‘Sa‘id? Adakah Amirul Mu ‘minin sudah meninggal dunia?”

“Bahkan lebih hebat dari itu!” jawab Sa’id sedih. “Apakah tentera muslimin kalah berperang?” tanya isterinya pula.

“Jauh lebih besar dari itu!” jawab Sa’id tetap sedih. ‘Apa pulakah gerangan yang lebih dari itu?” tanya isterinya tak sabar.

‘Dunia telah datang untuk merosak akhiratku. Bencana telah menyusup ke rumah tangga kita,’ jawab Sa’id mantap.

“Bebaskan dirimu dari itu wahai Sa’id! “ kata isteri Sa’id memberi semangat, tanpa mengetahui perihal adanya uncang wang yang dikirimkan Khalifah ‘Umar untuk suaminya.

“Mahukah engkau menolongku berbuat demikian?” tanya Sa‘id.

‘Tentu...;! “jawab isterinya bersemangat.

Maka Sa’id mengambil uncang wang itu, lalu disuruhnya isterinya membahagikannya kepada fakir miskin.

Jadilah hamba yang bersyukur..

Anda hanya ada 2 pilihan : Syukur atau kufur? Tiada pilihan ketiga. Pilihan ditangan anda..

Klunya :


Buktikan kesyukuran anda..

Lupakah kita pada kisah Rasulullah saw yang menunaikan solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki baginda. Apabila ditanya mengapa, baginda menjawab :

"Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur??"

Lihatlah bagaimana baginda ingin membuktikan kesyukuran baginda. Solat hingga bengkak kaki. Kita?? Bengkak perut??


Akhir sekali, saya ingin mencadangkan skema jawapan sekiranya anda berhadapan dengan soalan-soalan berikut :

1 – “Nak buat apa dengan duit banyak-banyak nie??”

Skema jawapan : “Nak beli Akhirat..”

2 – “Cuti nie nak pegi mana??”

Skema jawapan : “Nak ke Syurga..”

Sekian... :-)